Flag job

Report

PENGARAH SAND RETENTION INNOVATION LAB (SRI Lab)

Salary

$0.0068k - $0.0068k

Min Experience

14 years

Location

Brunei Darussalam

JobType

full-time

About the job

Info This job is sourced from a job board

About the role

Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei: JAWATAN PENGARAH SAND RETENTION INNOVATION LAB (SRI Lab) TEMPOH PERKHIDMATAN 1 TAHUN KADAR GAJI $6,800 SEBULAN KEKOSONGAN SATU (01) SYARAT-SYARAT AM: Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian agama Islam, adat istiadat negara, adat resam dan kebudayaan orang-orang Melayu Brunei, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau semasa cuti awam dan hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN: 1. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Kimia atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan. 2. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 14 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan dalam industri minyak dan gas, dengan penumpuan khas pada teknologi penyaringan pasir. 3. Mempunyai keahlian dalam badan Profesional dalam bidang Kejuruteraan atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah merupakan satu kelebihan. 4. Mempunyai pengalaman dalam ujian (testing), pemodelan, analisis data dan simulasi berkaitan adalah merupakan satu kelebihan. 5. Mempunyai kemahiran kepimpinan yang terbukti dalam mengendalikan pasukan penyelidikan dan mengetuai projek penyelidikan dan pembangunan (research and development).

About the company

Universiti Teknologi Brunei

Skills

petroleum engineering
chemical engineering